Sunday 27 March 2011

Maybank bersama komuniti HUSM

Sila klik di sini untuk melihat gambar dengan lebih lanjut
 
SABTU, 19 Mac 2011 – Satu program berbentuk komuniti dan kemasyarakatan berlansung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) anjuran Maybank Negeri Kelantan.
Program sehari bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 4 petang itu menyelitkan pelbagai aktiviti menarik antaranya penyampaian hamper kepada pesakit di wad kanak-kanak, pameran produk maybank, ramah mesra kakitangan Maybank dan HUSM serta banyak lagi.
Pengurus Maybank Zon Kelantan, Che Hassan Che Muhammad berkata, program tersebut merupakan acara tahunan Maybank yang dijalankan serentak seluruh negeri.
“Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Maybank dengan seluruh komuniti di HUSM.
“Selain itu, ia juga diadakan sebagai langkah permulaan untuk pihak Maybank mengenali dan mendekati dengan lebih dekat para pesakit di HUSM bagi memudahkan  kami menyalurkan sumbangan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui dimajlis tersebut.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Pengarah Hospital USM, Datin Dayang Sufiah Azamain, isteri Timbalan Pengarah Klinikal HUSM, Ruhaya Ramli dan semua ketua cawangan Maybank seluruh Kelantan.

Thursday 17 March 2011

Unit Perhubungan Awam & Pendidikan Kesihatan

 
1.0          LATAR BELAKANG

Pada awalnya dikenali sebagai Unit Perhubungan Awam dan Guaman yang
ditubuhkan pada tahun 1983.

Bermula tahun 2002 telah dikenali sebagai Unit Perhubungan Awam dan Pendidikan
Kesihatan iaitu salah satu daripada 26 Unit dan Jabatan di bawah Hospital Universiti Sains Malaysia.

2.0          OBJEKTIF KUALITI

Memproses aduan pelanggan dalam masa empat minggu (28 hari bekerja).
Memberikan perkhidmatan cetakan risalah yang akan di proses selama seminggu (7 hari bekerja).
           
3.0          VISI

Kea rah Hospital Pemangkin bagi melahirkan staf yang memahami dan mampu mengaplikasi prosedur/tatacara yang telah diamanahkan.

4.0          MISI

Ke arah perkhidmatan yang berkualiti dengan membudayakan cara kerja proaktif untuk memenuhi kehendak pelanggan.

5.0      PIAGAM PELANGGAN
           
i.    Memproses aduan pelanggan dalam masa empat minggu (28 hari
bekerja).
ii.    Memastikan program dan aktiviti Hospital USM diuruskan dengan segera   
melalui pengurusan yang cekap dan berkesan.

6.0            TUGAS UTAMA
           
i.     Menjalankan aktiviti khidmat masyarakat
ii.    Menerbitkan risalah Hospital USM
iii.   Menguruskan aduan pelanggan
iv.   Memberi pendedahan pendidikan kesihatan melalui program pendidikan
kesihatan

7.0            FUNGSI

i.    Mengurus jemputan ke Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan
ii.  Menyelaras lawatan dalam dan luar HUSM
iii. Menyebarkan maklumat dan aktiviti Hospital USM
iv. Mengurus aduan awam
                  v. Memberi khidmat nasihat protokol